Sunday, August 3, 2008

mE maSuk bEriTa miNGGu 3/8 2008

Tona cerah, gelap kena seimbang



Mohd Hakimi Mohamad Rosli bersama contoh lakaran fesyen orang berbadan besar.

Soalan

SAYA guru berusia 33 tahun dengan ketinggian 150 sentimeter dan berat badan 68 kilogram. Saya suka memakai jubah longgar dengan seluar ketika mengajar dan menghadiri kursus. Saya juga sering diundang mengacarakan majlis besar di peringkat sekolah. Namun, kebelakangan ini saya berasa ralat untuk memakai jubah potongan terkini yang terlalu mengikut bentuk badan kerana secara tidak langsung ia akan mempamerkan kekurangan bentuk tubuh saya yang berpinggul lebar dengan paha yang agak besar. Saya juga suka berpakaian warna cerah seperti oren, kuning dan hijau serindit tapi kerap ditegur kerana kelihatan lebih gemuk dari biasa.

Adakah warna memainkan peranan dalam pemakaian orang bertubuh besar dan apakah gaya dan warna sesuai untuk saya ketika mengajar, menghadiri mesyuarat dan kursus atau ketika mengacarakan majlis?


Siti Rohana Zakaria
Kapar, Klang, Selangor.

Jawapan


Buang tanggapan, orang berbadan besar tidak boleh bergaya. Paling penting, gaya berpakaian perlu sesuai dengan majlis dan acara dihadiri.

Peranan warna penting dalam mengubah penampilan seseorang. Sebagai guru, anda semestinya ingin mengenakan tona cerah supaya kelihatan ceria. Cara pemakaian memang mampu menutup kekurangan diri.

Caranya, ketika menghadiri acara rasmi, kenakan pakaian berwarna cerah di bahagian atas dan seimbangkan dengan warna agak gelap seperti kelabu, biru gelap dan hitam untuk bahagian bawah. Jika memilih yang bercorak, elakkan corak jalur melintang atau motif bunga besar kerana ia menyebabkan anda tampak lebih besar daripada saiz sebenar.

Jika ingin bergaya, lebih elok menempah sendiri jubah supaya kelihatan terletak pada badan. Potongan empire (potongan di bahagian dada) hingga ke paras atas lutut boleh menyembunyikan bentuk pinggul anda. Tambahan belahan di bahagian tepi atau belakang baju boleh menambahkan keselesaan ketika duduk.

Gaya pakaian begini boleh disediakan beberapa helai kerana ia boleh digayakan dengan jenis pakaian lain. Bagi seluar, seeloknya pilih potongan ‘flare cut’ iaitu potongan besar dari atas ke bawah untuk menutup paha yang besar.

Kali ini, saya pilih untuk melakar rekaan muslimah. Untuk baju, ia adalah separa kemeja dengan potongan empire, kembang di bahagian bawah tetapi tidak melebihi lutut bagi mengelakkan pemakai kelihatan tambah rendah. Seluar potongan besar untuk keselesaan dan memberi ilusi tinggi kepada pemakai menggunakan fabrik kudroi berwarna gelap atau kain kapas lembut. Fabrik baju pula boleh digunakan kain sedikit keras seperti ‘duchess satin’, ‘taffeta’ dan sutera asli.

Kali ini saya pilih warna biru terang (electric blue) supaya pemakai lebih ceria dan menonjol diseimbangkan dengan pemakaian seluar berwarna kelabu. Padanan warna tudung pula tidak terlalu berbeza dengan warna pakaian. Lebih anggun jika anda memilih tudung bercorak atau kosong tapi diikat kemas. Elakkan penggunaan lebih dari dua atau tiga warna kerana potongan tiga warna berbeza menyebabkan anda kelihatan bertambah rendah. Supaya kelihatan tinggi, cuba padankan bersama kasut bertumit. Boleh juga sarungkan but paras buku lali atau kasut baji supaya mudah berjalan.

PROFIL:

  • Mohd Hakimi Mohamad Rosli @ Kheme Rosly
  • Berusia 22 tahun
  • Pelajar tahun akhir Sarjana Muda Senilukis dan Senireka (Fesyen), Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor
  • Menghasilkan rekaan untuk kumpulan Jinbara ketika Anugerah Era 2007 dan Tini Hot FM untuk Anugerah Stail Eh! 2008.
  • Hubungi Kheme Rosly di talian 0124619306 atau emelkan ke nowwhytwo@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan mengenai fesyen.


INFO:

Jika anda mempunyai kemusykilan mengenai fesyen sesuai dengan diri atau majlis yang hendak dikunjungi, ruangan ini mungkin dapat membantu. Hantarkan masalah anda untuk dijawab pereka fesyen berlainan setiap minggu melalui emel di bminggu@bharian.com.my atau pos ke alamat Berita Minggu, Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur atau faks ke 03-22822425.


haha i main buat je uols~
gitu bole..
sajer je baru nak belajar..
tc
adios

2 comments:

MORIBAYU said...

kheme

dari satu langkah yg kecil
baru kita boleh berlari

usaha itu tangga kejayaan

:)

A A D said...

fuyo0 image consultant...!

huhu.. .