Wednesday, May 25, 2011

saje je bosan. haha walaupun!

wahhhh. tiber kan gambar tuh?
mcm mane? mmg la tak sama.
tapi mooodd tu ada la kot yer. ala bole la sikit2.
hahaha senyum hmm ada skit gak bag rona nak sama dah.
kulit i je tak berapa nak putih sngt. haha
anyway saje je buat tadi. bosan ilham takder nak menulis.
padahal menimbun kerja menggunung kot. haha nasib la ada juga hasil harini walaupun mmg sepatutnya lebih.
hmmmm. kena rajinkan skit post mengepost nih.
nanti nak join nuffnang takder la malu sngt.
wah ade hati nih kannnn! saje je. mengisi masa lapang katanya. haha
ni asyik berborak je buat apa tak ada hasil.
maaf kerana pic sendiri tak dicerahkan tona kulitnya.
hahaha anyhow its gonna be a busy week and month kot as
i nak cuti quit lama next month so kena siapkan keja awal.
hehehe thats all for now
ciao bella!

Sunday, May 22, 2011

InTrend May dan Jun 2011


olla hello!
walaupun sudah nak memasuki bulan Jun dan beerti keluaran Jun sudah berada dipasaran.
tapi masih belum terlambat untuk mewar2kan yang lama pon masih lagi di pasaran kalau anda membaca pada hari yang sama diposkan. hehe
so dapatkan segera! best!
banyak la info dan gambar2 cantik.
i tau uols tgk gambar ajer!!
toodles
ciao bella!

sekejap dah bulan May nak abis.

happy monday blues!
so hari isnin ini dimulakan dengan nasi ayam enak sebelum waktu lunch hour bersama daging dendeng terbaik panas daripada bandar tun razak. terima kasih abg bus kerana maklumat beharga itu.
jadi kala masuk ke ofis rakan editorial lain masih belum makan so ditinggalkan seorang diri diopis dengan mood gloomy gitu baik aku update blog daripada melayan perasaan ngantuk kan. berteman secangkir nescafe o kurang manis panas lite2 dan ribena sejuk tanpa ais (air dispenser) tekak ini rasa macam nak kirim sumthin plak. hmm apa ek. dah2 la cukup kot. kenyang dah kot. haha
so gambar diatas sempenan editorial bulan ini bercerita mengenai lelaki dan denim so jangan lupa dapatkan ek.
InTrend Jun 2011 bersama cover Farid Kamil dan Scha.
Inspirasi Gaya Hidup Anda.
jangan lupa tau!

pabila hidup tak berapa terurus ni mcm2 la benda nak kena buat itu dan ini. nak kena atur elok2.
bedak2 duit perbelanjaan. termiss skit2 skit apakan daya baru nak belajar berdikari katanya.
itulah rasionalnya foto dibawah ini. ala2 masalah yang tak berapa nak masalah la. saja ja dok buat teruk2.
hehe tapi jun ini bakal menjanjikan gateway(insyallah) buat aku. dah lama dok terperok je. passport pon dah lama tak kena chop. wah tiber2 kan. haha
tapi blm kata putus lagi destinasi mahupon bila tapi akan diusahakan. amin
cabaran dan dugaan. antara kenderaan dan pergerakan yang terbatas masih belum bole diatasi. akan ku usahakan nanti. sbb ku percaya kesusahan dan dugaan itu bukan sekadar mainan hidup ini tapi ada sebab musababnya. jadi bukan boneka mahupun lakonan yer.
menelusuri hidup yang serba tidak pasti ini, hmm bukan tidak pasti cuma masih dalam proses mengenal kebolehan diri dan mencari hala tuju yang mungkin membuatkan ibu bapa melihat diriku berjaya mereka bisa menutup mata serapatnya tanpa perlu merisaukan anak bujangnya seorang ini. bujang sangat!
masih banyak yang perlu dipelajari dan diriku penuh rasa bangga kerna mempunya ramai penjaga disekeliling yang memantau gerak geri tatkala diri jauh merantau meninggalkan famili mencari rezeki dan berdikari.
jadi teman-teman jangan mudah melatah-latah latah. hehe
Respek Relaks Respon!
ciao bella yaalll!

Tuesday, May 10, 2011

mahu bkn tak mahu.apakan daya tak mampu.



apakah motif gambar diatas itu? hahaha
anyway saje je. kerana mengenangkan diri yang masih terkontang kanting mengharungi dunia kerjaya tanpa kenderaan. apa nak buat. dah berkali ku apply tapi mcm2 yang diorg nak yang aku takder. redha la dengan taxi KL yang bau hapak dan euww not going to mention it here. haha over macam la kotor sngt kan but yea Bangkok Jakarta taxi cekai pon at least vios kot atau altis. kita apa ada. bkn xnak puji tapi kalau teksi tuh dah berusia 16 tahun bawak2 la tukar saga tuh. tak ke cantik taxi saga. i kadang nak naik taxi kalau tunggu, taxi choi lalu jer buat2 bz tgk jam sbb xnak naik. al maklumlah kekwat sbb nak taxi grand jer. haha xla kadang2 tuh hazabbb tengik poning kepala.
hmm berbalik kepada foto diatas emmy rossum tgh tahan taxi tak mau berenti. ado? kau ado?
celeb nak naik ko tak nak. haha
so mcm ni la gamaknya rupaku pepagi nak g keje. haha maybe. katanya!
nak kelas ajer bak kata teman nik erwan.
bagaimana pulak dengan pengangkutan awam? hmmm ok la walaupun kadang2 yang hazab aku terima dengan tahap kecepatan dan ke frequently-an yang boleh mendatangkan marah kalau nak kencing. sbb most of star lrt xder toilet proper. haduih. dah satu lagi bila la nak tambah lagi beberapa line? setakat 2-3 line ala manja2 tak cover certain tempat macam mana nak jadi negara maju. nak feeling jalan2 dari lrt ke umah pon kalau cuaca sesejuk salju tak pa la kan. ini? hamik kau menggelupur panas dunia. so naik teksi lagi atau bus yang sejam baru nak sampai kan. redha lah lagi. apa nak buat. eh salah apakan daya.
cukup la bebel skit2. berangan lebih nak banyak kang 3 bulan tah update kan. sila la bawak bertenang.
ciao bella!

Friday, May 6, 2011

post apakah yang menarik di pagi sabtu nan syahdu. ke?



arghhhh baru bangun pagi katanya!
bole kalau bangun pagi gini posingnya.
nak posst tapi cam ada hal penting lak. nnt lah sambung.


Sunday, May 1, 2011

tolong beri kekuatan!



masih adakah kekuatan pada diri nak update blog nihhh??
haha berapa kali dah berjanji pada diri sendiri tapi xbuat2!
tolong ingatkan aku. and pls i do need u my little diary to be a part of my life.
maybe sbb rules yang dibuat oleh diri sendiri iaitu setiap pos kena ada gambar. thats one of the reason yang menjadikan malas nak buat entri.
bukan nak jadi blogger hebat tapi sekadar menambahkan warna pada kehidupan sendiri atau mungkin org lain. hahaha.
ok pls my little diary, be good to me.

pix purpose? xtahu. sajer. relate x dengan post? lol