Sunday, August 17, 2008

triP ke dUsuN~


hye gentle reader~

wah ala2 mr manager gitew~

arini i kena bangun at 730am! i was like membunuh diri sendiri~

hahaha takder la sajer je..

pastuh mama i suruh g isi minyak n we all dah ready nak ke dusun kat sg Batu Pahat..

setelah beberapa lama bersiap i yg saket kaki nih pon gatal nak g kan.. huhu tapi dah letak ubat dulu.. lagipon bukan susah sangat pown..

kol 830 camtuh we all gerak la.. jap je 25 minit jew bawak keter..


ala2 kat oversea kan view dia? berangan kan aku!
takut tgk pokok nih..

pendakian~

banyak pacat so well berjaga2~


view kol 9 from the not-so-top la~

dah smpai di destinasi~

melantak durian fresh tapi keras a bit~


ni view dari celah celah.. tak tau nak letak caption.. LOL~


dulu ada pondok tapi dah roboh setengah~


weall melepak la penat.. i potong rambut AZAB!


tgh nak turun.. huhu takot!


view dari celah2 lagi~~


batu2 yang jatuh zaman2 dedolu~~


cantek kan??

tuh jer la i nak balik dah bye!

hiks!







mOi, hAriZ n maD!

hye uols~~
hahaha
saje je nak post2 lagi..
sebenarnya today i cam penat gila sbb tadik g tolong wedding..
bukan jadi wedding planner ke aper..
ala2 cleaner camtuh..
tapi ok la..
tapi haruslah mencover gitew..
haruslah kuku rambut suma dah potong..
huahuahuahau
selepas tuh my very best best BEST fren hariz n mad ajak kuar..
tapi tak tau g mana la kan as usual~~
pastuh we al g makan kat kedai ala2 imitation of Delifrance gitew kat Kangar..
i biasa la ice lemon tea n mini piza jew..
pastuh kenyang la plak..
jalan2 lagi lapar lagi.. n trus ke HaiTien our faveret restaurant kat Perlis..
n we bump onto Mum my BFF gak kat situ with her family~
melantak sakan!!!
tgk la Mad tuh, very the over!

ada pic selepas jew~~

heheh.. bestnya balik kampung sekali sekala.. nak pulak skang mad dah keje hariz plak baru je summer holiday 3 month.. so dapat la hangout together.. lau tak mmg tak la kan hariz dah la jauh dia rep.chezh.. hurm.. sekali2 skala lepak mmg best ala2 memory reminiscence gitew.. hahahaha lepas tuh harus la ke port we al kat kechor.. cur cur gitew uols~~

hahah lepas tuh i balik diorang lepak jap patuh i pon melepak ngan.. oppss rahsia gitew.. huahauhau ada la uols... k la japg nak update pic ke dusun atok i kat atas bukit di sg batu pahat.. bukan johor ada batu pahat... perlis pon ada tau!!

daadada!!!

:p

dLm tRen otW baLik~~

hye ppl~~
seteleah beberapa hari pulang ke perlis barulah dapat mengupdate blog katanya~~
hurm hari tuh i balik nek tren agak ramai la..
tapi sebelah i takder org sampai kat tg malim.. so dr mana tah i tido je dengan mantuan tutup mata tuh..
sbb tren kan lapu dia pasang jer..
huhuh..
so sebelom naik adala sedeikit bekalan camtuh2 jer...
sebab mengharapkan makan di umah ku..
huhuh~~
tah, yg nih peach drink apa tah latest from starbucks~

filet o fish yang dah abis kena belasah~

dan halls untuk mengilangkan bau mulut selepas tersedar dari tidor~

kat butterworth penang at 530 camtuh kot~

me, almost nak sampai dah.. kat a.star kowt~

weeeeeeeeeeeee!!!!!!!!

thrill x? hehehe

hurm selepas sampai atok i amek kat tren station kat arau.. i tot balik umah ada la makan rupanya nan ado.. terpaksa la pergi ke rumah auntie i yang nak kenduri tuh sbb nenek n mak i kat sana la.. so tolong2 skit2 pastuh melantak and then balik umah tertido tak g semayang jumaat.. pastuh petangnya i g amek kezen kat Unimap balik umah sebab esoknya mak dia balik for our uncle punya wedding~~

hehe tuh je jap nak update g tapi nak letak post laen.. bagi banyak skit post~~

:P daaa

Thursday, August 14, 2008

aWay~

hey ppl~~
me leaving to perlis..
balik kampung lew~
haha
nanti i update la yer pic pic masa balik kg..
bestnya lama tak balik kg..
tgh tggu tren nih kat kl sentral~
bubye!

Wednesday, August 13, 2008

jGn geLi ok~

hye ppl~
post sebelom nih i cakap sakit kaki dan dah g jumpa doc kan..
nih la ubat dia kai kat me.
hurm ala2 product shoot gitew..
heheh
dia kasi vitamin C. mintak2 kulit cantik..
wah gitew pastuh dia kasi ubat than sakit n cream tuh~

ubat ubatan~

tgk la kaki i.. membengkak~

hurm tapi lepas letak ais dan sapu gel ittew seperti yang disuruh doc..
terus boleh catwalk katanya..
uols boleh? heheh
mmg cepat la berkesan...
i terus g kelas jalan kaki je uols dari sec 2 katanya...
hebat khan?
hehe k la

c ya!!

Tuesday, August 12, 2008

shAket kAki~

hey ppl~
mcm ne kesihatan u guys?
moi? smlm terpijak lopak/lobang terus terseliuh katanya..
sakit yang amat selepas bangun tido tadi..
terus ke klinik yer dan singgah d cc mengupdate blog!

picture me with mimi at EH! stail award~

saje letak, sbb suka stail dia. lagipon tak banyak sngt artis i bergambar. dia sorang je kot.. hahaha
btw masa g ffm tuh i suka la lagu siti HATI.. tgh download la nih.. dan juga lagu HATI YANG RAPUH yang misha nyanyi tuh.. best best.. suka2..
oh lupa lak kaki sakit nih.. adoi2
esok me balik kg for a few days.. bestnya rindu mak tok n tok ayah.. also mah parents la of course..
btw our fashion trip to cameron cancel..
#@$% je.. baru nak g dah cenggini lak..

k lew
nak balik sapu cream voltaren emuljel.. hahah
papay!!

Sunday, August 10, 2008

EH! sTaiL aWaRd n FFM 21~~

hye uols~
berjumpa lagi setelah usang blog nih sudah lama tidak berupdate katanya!
minggu lepas mcm agak bz gak la dengan praktikal presetation and EH! stail award ngan FFM..
tapi yng event tuh pegi je yang praktikal tuh azab keje banyak sekali presentation biasa2 jew..
huhuh
penat la berslide show bagai.. report pon beria la buat skali ado!
biasa je. lec tgk lite2 jew..
hheheh k ni pic tapi nanti na update lagi
biasa la amek gambar dr org jew.. huhu
malas nak amik guna phone..
maklumla digicam nggak ada sih.
hhehehhe

anugerah stail EH!

us n tini in kheme rosly

nik, syed hotfm, moi, angel n wan. rizman amik gambar.

hurm..
kedua2 event best! makan kenyang gitew..
mcm nak bukak butang jew.. hahah
u guys tgk ffm? hurm ok la.. abit boring but then the food is meletop!
wah gitew bole.
k cya

Sunday, August 3, 2008

mE maSuk bEriTa miNGGu 3/8 2008

Tona cerah, gelap kena seimbang



Mohd Hakimi Mohamad Rosli bersama contoh lakaran fesyen orang berbadan besar.

Soalan

SAYA guru berusia 33 tahun dengan ketinggian 150 sentimeter dan berat badan 68 kilogram. Saya suka memakai jubah longgar dengan seluar ketika mengajar dan menghadiri kursus. Saya juga sering diundang mengacarakan majlis besar di peringkat sekolah. Namun, kebelakangan ini saya berasa ralat untuk memakai jubah potongan terkini yang terlalu mengikut bentuk badan kerana secara tidak langsung ia akan mempamerkan kekurangan bentuk tubuh saya yang berpinggul lebar dengan paha yang agak besar. Saya juga suka berpakaian warna cerah seperti oren, kuning dan hijau serindit tapi kerap ditegur kerana kelihatan lebih gemuk dari biasa.

Adakah warna memainkan peranan dalam pemakaian orang bertubuh besar dan apakah gaya dan warna sesuai untuk saya ketika mengajar, menghadiri mesyuarat dan kursus atau ketika mengacarakan majlis?


Siti Rohana Zakaria
Kapar, Klang, Selangor.

Jawapan


Buang tanggapan, orang berbadan besar tidak boleh bergaya. Paling penting, gaya berpakaian perlu sesuai dengan majlis dan acara dihadiri.

Peranan warna penting dalam mengubah penampilan seseorang. Sebagai guru, anda semestinya ingin mengenakan tona cerah supaya kelihatan ceria. Cara pemakaian memang mampu menutup kekurangan diri.

Caranya, ketika menghadiri acara rasmi, kenakan pakaian berwarna cerah di bahagian atas dan seimbangkan dengan warna agak gelap seperti kelabu, biru gelap dan hitam untuk bahagian bawah. Jika memilih yang bercorak, elakkan corak jalur melintang atau motif bunga besar kerana ia menyebabkan anda tampak lebih besar daripada saiz sebenar.

Jika ingin bergaya, lebih elok menempah sendiri jubah supaya kelihatan terletak pada badan. Potongan empire (potongan di bahagian dada) hingga ke paras atas lutut boleh menyembunyikan bentuk pinggul anda. Tambahan belahan di bahagian tepi atau belakang baju boleh menambahkan keselesaan ketika duduk.

Gaya pakaian begini boleh disediakan beberapa helai kerana ia boleh digayakan dengan jenis pakaian lain. Bagi seluar, seeloknya pilih potongan ‘flare cut’ iaitu potongan besar dari atas ke bawah untuk menutup paha yang besar.

Kali ini, saya pilih untuk melakar rekaan muslimah. Untuk baju, ia adalah separa kemeja dengan potongan empire, kembang di bahagian bawah tetapi tidak melebihi lutut bagi mengelakkan pemakai kelihatan tambah rendah. Seluar potongan besar untuk keselesaan dan memberi ilusi tinggi kepada pemakai menggunakan fabrik kudroi berwarna gelap atau kain kapas lembut. Fabrik baju pula boleh digunakan kain sedikit keras seperti ‘duchess satin’, ‘taffeta’ dan sutera asli.

Kali ini saya pilih warna biru terang (electric blue) supaya pemakai lebih ceria dan menonjol diseimbangkan dengan pemakaian seluar berwarna kelabu. Padanan warna tudung pula tidak terlalu berbeza dengan warna pakaian. Lebih anggun jika anda memilih tudung bercorak atau kosong tapi diikat kemas. Elakkan penggunaan lebih dari dua atau tiga warna kerana potongan tiga warna berbeza menyebabkan anda kelihatan bertambah rendah. Supaya kelihatan tinggi, cuba padankan bersama kasut bertumit. Boleh juga sarungkan but paras buku lali atau kasut baji supaya mudah berjalan.

PROFIL:

  • Mohd Hakimi Mohamad Rosli @ Kheme Rosly
  • Berusia 22 tahun
  • Pelajar tahun akhir Sarjana Muda Senilukis dan Senireka (Fesyen), Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor
  • Menghasilkan rekaan untuk kumpulan Jinbara ketika Anugerah Era 2007 dan Tini Hot FM untuk Anugerah Stail Eh! 2008.
  • Hubungi Kheme Rosly di talian 0124619306 atau emelkan ke nowwhytwo@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan mengenai fesyen.


INFO:

Jika anda mempunyai kemusykilan mengenai fesyen sesuai dengan diri atau majlis yang hendak dikunjungi, ruangan ini mungkin dapat membantu. Hantarkan masalah anda untuk dijawab pereka fesyen berlainan setiap minggu melalui emel di bminggu@bharian.com.my atau pos ke alamat Berita Minggu, Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur atau faks ke 03-22822425.


haha i main buat je uols~
gitu bole..
sajer je baru nak belajar..
tc
adios